KEK PISANG

Thursday, February 22, 2018

SINGGANG IKAN KEMBUNG...









SINGGANG IKAN KEMBUNG
rujukan :    Naz@ovenkecil...




Bahan-Bahan :

3-4  ekor  ikan kembung  ~  disiang & dibersihkan
2  batang  serai  ~  ketuk
3  ulas  bawang putih  ~  dimayang
3  ulas  bawang merah  ~  dimayang
1  inci  halia  ~  dihiris
1  inci  lengkuas  ~  dihiris atau diketuk
1  biji  tomato  ~  dibelah empat  (tambahan)
1-2  keping  asam gelugur
1/2  sudu kecil  serbuk kunyit
3  biji  cili padi  (boleh lebihkan jika suka pedas)
1  biji  cili merah  ~  dibelah  (tambahan)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1/2  sudu kecil  gula  ~  untuk seimbangkan rasanya sekiranya perlu


Cara Memasak :

1.  Masukkan air secukupnya dan semua bahan lain ke dalam periuk kecuali ikan, tomato, cili merah, garam, gula dan cili padi.  Rebus sehingga mendidih.

2.  Kecilkan api dan masukkan ikan, tomato, garam, gula, cili merah dan cili padi.  Renehkan sehingga ikan masak.  Rasakan kuahnya, biar terasa masin dan masamnya.

3.  Tutup api dan sedia dihidangkan...

No comments:

Post a Comment