KEK PISANG

Sunday, February 4, 2018

MUFFIN LABU KUNING...









MUFFIN LABU KUNING
rujukan :    Fiza's Cooking
menghasil :    16 biji...



Bahan A :

200  gm  isi labu kuning
1  biji  telur gred A
110  gm  gula kastor
40  gm  minyak jagung
45  gm  mentega  ~  dicairkan
1  sudu teh  esen vanilla


Bahan B :

190  gm  tepung gandum
1  sudu teh  baking powder
1/2  sudu teh  baking soda
Kismis & almond nibs secukup rasa  (saya ganti dengan chocolate chips)
Secubit garam
1/2  sudu teh  serbuk kayu manis (jika suka) ~ boleh skip jika tak suka


Cara-Cara :

1.  Kupas dan rebus labu kuning sehingga lembut.  Toskan, lecek sehingga halus dan ketepikan.

2.  Bahan A :   Kacau dengan whisk kesemua bahan agar semuanya bercampur rata.  Ketepikan seketika.

3.  Bahan B :   Ayak kesemua bahan sehingga rata dan masukkan kismis secukup rasa.

4.  Buatkan lubang di tengah bahan B, masukkan bahan A dan kacau dengan whisk sehingga bercampur bahan basah dan kering.  Jangan terlebih kacau kerana muffin akan menjadi keras.

5.  Sudukan ke dalam cawan muffin/papercups dan taburkan dengan lebih kismis dan almond nibs secukupnya.  (saya gantikan dengan chocolate chip & chocolate chip putih).

6.  Bakar pada suhu 180'C selama kira-kira 30 minit atau sehingga masak sepenuhnya...

No comments:

Post a Comment