KEK PISANG

Monday, February 12, 2018

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT...










RESIPI CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
rujukan :    norazlitaaziz@masam manis...



Bahan-Bahan :

400  gm  coklat masakan/coklat compound ~ Dark Chocolate
150  gm  unsalted butter
100  gm  gula perang
100  gm  gula kastor
4  biji  telur gred A
1  sudu teh  esen vanilla
100  gm  tepung naik sendiri@self-raising flour
30  gm  serbuk koko
Sedikit coffee chocolate chip  ~  jika suka, untuk taburan 


Cara-Cara :

1.  Coklat masakan atau coklat compound, dipotong kecil-kecil.  Satukan coklat masakan dan butter dan cairkan dengan kaedah double boiler sehingga coklat dan butter larut.  Gaul rata.

2.  Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanilla.  Gaul rata menggunakan whisk sahaja.

3.  Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko kemudian diayak.  Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakan dan gaul rata.

4.  Kemudian ayakkan tepung yang bercampur serbuk koko tadi ke dalam adunan.  (Jika tepung dan serbuk koko sudah diayak terlebih dahulu, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan).  Gaul rata dengan menggunakan spatula/senduk kayu.

5.  Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 10 x 10 inci yang telah dilapik kertas kek dan dioleskan juga dengan butter.  Taburkan dengan coffee chocolate chip secukupnya di atas adunan brownies (jika guna).

6.  Bakar adunan di dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 160'C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu oven masing-masing.  Bila dah masak, tutup suis oven.  Biarkan brownies di dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.

7.  Bila dah sejuk, bolehlah dipotong dan sedia untuk dinikmati...

NOTA :    Brownies ni sangat sedap dan lembap...

No comments:

Post a Comment