Friday, February 2, 2018
IKAN TENGGIRI MASAK CUKA...
IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
2-3 keping ikan tenggiri ~ lumur garam kunyit
1 - 1 1/2 sudu besar cuka makan
1 sudu kecil biji sawi
1 batang timun jepun ~ potong ikut citarasa (saya tambah)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit (optional)
Bahan Hiris :
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 labu bawang besar ~ hiris bulat
Cara Memasak :
1. Ikan tenggiri di goreng garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan hiris hingga layu serta masukkan juga biji sawi dan sedikit serbuk kunyit (jika guna). Masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih. (Masukkan sedikit sahaja air jika tidak suka berkuah sangat).
3. Masukkan cuka makan, garam dan gula secukupnya. Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi dan timun (jika guna) dan biarkan mendidih sebentar. Angkat dan sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment