RESEPI PANCAKE GEBU
ALA MC DONALD
sumber : banyakresepi.blogspot...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder (saya guna 1 1/2 sudu besar)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 1/2 atau 2 cawan susu segar (masukkan sedikit demi sedikit sampai habis ~ saya guna 1 3/4 cawan)
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar butter ~ cairkan
Bahan Sos Untuk Hidangan : (Ikut Citarasa)
Maple Syrup
Madu
Butter
Cara-Cara :
1. Masukkan tepung, butter cair, gula, garam, telur dan susu segar ke dalam sebuah bekas.
2. Gaulkan hingga sebati. Tidak perlu guna 'mixer', cuma guna senduk kayu/whisk.
3. Masukkan baking powder dan esen vanilla. Gaulkan lagi.
4. Panaskan kuali jenis leper 'non-stick' dalam 2-3 minit. TIDAK PERLU letak minyak.
5. Gunakan senduk atau sudu untuk tuangkan adunan ke dalam kuali leper dan buat bentuk bulat. (Saya guna sukatan 1/3 cawan untuk mendapatkan saiz pancake yang sama).
6. Setelah beberapa minit terbalikkan pancake dan tunggu beberapa minit lagi sebelum diangkat. (Pastikan kedua-dua bahagian keperangan). Buatkan hingga semua adunan habis.
7. Hidangkan bersama sos pilihan atau juga bersama buah-buahan segar (jika suka)...
No comments:
Post a Comment