saiz 7 inci...
saiz 8 inci...
PUDING KELADI SELASIH
sumber : Majalah SAJI November 2017
kredit to : Fiza's Cooking...
Bahan A :
10 gm agar-agar bertali
3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 paket sumi
2 sudu besar biji selasih ~ rendam dalam air panas hingga kembang
Bahan B :
10 gm agar-agar bertali
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
2 sudu besar pes keladi
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Bahan A : Masak agar-agar dengan air hingga larut. Setelah itu masukkan gula dan masak sebentar sehingga mendidih.
2. Masukkan biji selasih ke dalam larutan agar-agar, kacau sehingga sebati dan matikan api.
3. Sediakan loyang bersaiz 8 inci x 8 inci, susun sumi di dalam loyang. Tuangkan larutan agar-agar perlahan-lahan di atas sumi. Biarkan sederhana beku. Ketepikan seketika. (saya masukkan ke dalam peti sejuk seketika).
4. Bahan B : Masak agar-agar dengan air sehingga larut. Setelah itu masukkan gula dan masak sebentar sehingga mendidih. Masukkan pula susu cair, secubit garam dan 2 sudu besar pes keladi. Kacau sebati.
5. Akhir sekali tuangkan larutan agar-agar ke dalam loyang berisi sumi tadi. Sejukkan seketika, sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk...
INFO : Adunan ini mendapat 2 biji bersaiz kecil & besar..7 inci & 8 inci...
No comments:
Post a Comment