KEK PISANG

Friday, February 2, 2018

ONDE-ONDE...









ONDE-ONDE



Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung pulut
1  sudu besar  tepung gandum
1  cawan  jus pandan  (dari 3 helai daun pandan)
2  ketul  gula melaka  (dipotong dadu kecil)
1/2  biji  kelapa muda parut  (diambil bahagian putih sahaja)
Garam secukup rasa


Cara-Cara :

1.  Bancuh tepung pulut, tepung gandum dan secubit garam dengan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang boleh digentel  (tidak melekat di tangan).

2.  Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.  Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula.  Bentukkan seperti bebola.

3.  Panaskan air sehingga mendidih.  Masukkan bebola pulut tadi.  Apabila bebola timbul, bolehlah diangkat dan toskan ke dalam tapisan.

4.  Golekkan bebola tadi dengan kelapa parut yang bercampur dengan sedikit garam dan sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment