NASI MINYAK
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
4 cawan beras ~ basuh & toskan (saya guna beras biasa jer)
4 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
2 helai daun pandan ~ disimpul
4 sudu besar kismis
Bahan B : Untuk menumis
2 ulas bawang putih ~ hiris
3 biji bawang merah ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
1 batang serai ~ ketuk
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara Memasak :
1. Basuh beras dan toskan. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk elektrik dan tumiskan bahan-bahan B dah daun pandan sehingga wangi.
3. Masukkan beras dan kacau rata, masukkan pula kismis dan garam serta susu cair.
4. Tuangkan air ke dalam periuk, kacau sebentar agar beras sebati dengan air dan bahan lain. Kemudian alihkan periuk ke dalam periuk elektrik dan masaklah seperti nasi biasa. (Bila nasi hampir kering saya titiskan sedikit pewarna kering dan teruskan memasak sehingga nasi betul-betul masak kemudian gemburkan)...
AYAM MASAK MERAH
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan A :
1 ekor ayam ~ dipotong 12
Garam & serbuk kunyit secukupnya ~ untuk menggoreng ayam
2 batang serai ~ ketuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 tin kecil kacang pis
1 sudu besar gula melaka
Bahan B : (Dikisar)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
10 tangkai cili kering ~ direbus hingga lembut & toskan
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Cara Memasak :
1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga keemasan dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga berbau wangi.
3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula melaka dan renihkan sehingga kuah benar-benar masak.
4. Perasakan dengan garam dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata. Biarkan kuah sedikit pekat dan masukkan kacang pis dan hirisan bawang besar. Biarkan bawang besar sedikit layu dan matikan api dapur. Sedia dihidangkan...
AIS KRIM ASAM BOI
No comments:
Post a Comment