Monday, February 26, 2018
KACANG PANJANG GORENG TAUHU...
KACANG PANJANG GORENG TAUHU
Bahan-Bahan :
12 batang kacang panjang ~ dipotong menyerong anggaran 3cm
2 biji cili merah ~ dihiris menyerong
3 biji bawang merah kecil ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
2 keping tahu ~ dihiris ikut citarasa & digoreng hingga masak
2 sudu makan ikan bilis ~ dicuci bersih & toskan
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak masak
Sedikit air (jika perlu)
Cara Memasak :
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga wangi.
Masukkan kacang panjang, kacau hingga kacang sedikit lembut.
Masukkan sos tiram, tauhu yang digoreng dan cili merah. Kacau sebati dan masukkan sedikit air jika perlu. Tambah sedikit garam (jika perlu).
Sesuaikan rasanya, tutup api dan hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment