KEK COKLAT KUKUS
rujukan : FB@Aneka Resepi Cake...
Bahan-Bahan :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak atau marjerin yang dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum atau tepung kek
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
4 biji telur gred A/B
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Campurkan gula pasir, susu cair, susu pekat manis, minyak/marjerin cair ke dalam periuk atau kuali. Masak di atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
2. Dalam bekas lain, ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonate. Ketepikan.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama (no.1) tadi ke dalam adunan telur, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonate. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
6. Sapukan marjerin pada loyang. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
7. Kukus kek selama 1 jam. Acuan saiz seperti di atas kukus selama 20 minit hingga masak.
Topping Untuk Kek Coklat :
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega
Cara-Cara :
Masukkan semua bahan ke dalam kuali/periuk. Kacau perlahan hingga larut. Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituangkan di atas kek coklat.
ATAU :
500 gm coklat masakan ~ dicincang kecil
220 ml susu cair
Cara-Cara :
Kalau menggunakan coklat masakan, masak menggunakan teknik double boiler...
No comments:
Post a Comment