KEK PISANG

Thursday, February 22, 2018

APPLE CRUMBLE MUFFIN...









APPLE CRUMBLE MUFFIN
rujukan :    tiffinbiru@CMG
menghasilkan :    13 biji



Bahan-Bahan :

1 3/4  cawan  tepung berserbuk penaik@self-raising flour
1  sudu teh  baking powder
1/3  cawan  gula kastor
75  gm  mentega  ~  dicairkan
1  biji  telur gred A/B
1  sudu teh  esen vanilla
3/4  cawan  susu segar  (atau  3/4 cawan susu cair + 1/4 cawan air)
2  biji  epal hijau  ~  dibuang kulit, empulur & didadu sederhana besar


Bahan-Bahan Crumble :

1/2  cawan  tepung gandum
60  gm  mentega  ~  didadu kecil-kecil & sejukkan
1/4  sudu teh  garam halus
1/8  sudu teh  serbuk kayu manis (optional)
1/4  cawan  gula pasir kasar


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 200'C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan papercup secukupnya.  Ketepikan.

2.  Satukan bahan-bahan untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi tekstur seakan-akan serbuk roti yang kasar.  Ketepikan.

3.  Di dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula kastor.  Ketepikan.  Di dalam bekas lain, satukan mentega cair, telur, susu segar dan esen vanilla, kacau rata dengan menggunakan whisk.

4.  Kemudian masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja.  Masukkan epal dan gaul sekali lagi sehingga rata dan sebati.  Jangan terlebih gaul.  Sudukan ke dalam bekas-bekas yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.

5.  Taburkan dengan "crumble" tadi di atas setiap muffin, tekan-tekan sedikit.  Bakar selama 25 minit atau sehingga masak sepenuhnya...

No comments:

Post a Comment