STIK KETAM RANGUP
rujukan : FB@Jalilah Jepon...
Bahan-Bahan :
8 keping roti ~ gelek nipis & potong 2 bahagian
1 paket stik ketam ~ belah 2 bahagian
Bahan Salutan :
2 biji telur ~ pukul ringan
Serbuk roti oren/putih secukupnya
Cara-Cara :
1. Stik ketam di letakkan pada roti dan gulung.
2. Tekan padat di bahagian hujung untuk mengelakkan dari terbuka. Buat sehingga habis.
3. SALUTAN : Celupkan roti ketam di dalam telur kemudian golekkan/salutkan dengan serbuk roti.
4. Goreng dalam minyak banyak hingga keperangan-perangan. Angkat dan toskan minyaknya.
5. Sedia dihidangkan dengan sos cili/sos tomato dan mayonis. Taburkan dengan sedikit bijan jika suka...
No comments:
Post a Comment