KEK PISANG

Saturday, February 10, 2018

CEKODOK PISANG KEMBUNG...










CEKODOK PISANG KEMBUNG
rujukan :    MyResipi.com...




Bahan-Bahan :

2  cawan  pisang lenyek  (saya guna pisang emas)
1  cawan  gula pasir@gula kastor
1  sudu makan  soda bikarbonate
1  sudu kecil  baking powder
2  cawan  tepung gandum atau secukupnya
1  sudu makan  susu tepung
1/2  sudu kecil  garam


Cara-Cara :

1.  Di dalam mangkuk, campurkan pisang lenyek bersama gula dan garam.  Gaulkan biar gula larut.

2.  Ayak soda bikarbonate dan baking powder dengan penapis teh ke dalam campuran pisang tadi.  Gaul rata.  Selepas itu masukkan susu tepung dan tepung gandum.  Tambahkan sedikit lagi tepung jika adunan masih lembik.

3.  Panaskan minyak yang banyak lalu jemput-jemputkan adunan bulat-bulat ke dalamnya.  Goreng dengan api sederhana supaya dalamnya masak.  Bila kulit luar nampak garing bolehlah diangkat dan ditoskan.  Hidangkan...

No comments:

Post a Comment