PUDING SAGU GULA MELAKA
rujukan : duniamasakan Jalilah JJ
Bahan Sagu :
1 cawan biji sagu warna putih
1 liter air (5 cawan)
1 helai daun pandan ~ disimpul
Pewarna pilihan
Bahan Tambahan : Sumi jelly, mangga, jagung manis dll..
Cara-Cara :
Rendam biji sagu 10-15 minit dan toskan. Didihkan air dengan daun pandan. Masukkan sagu yang ditoskan tadi, masak sehingga hilang putihnya.
Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan dengan warna pilihan dan kacau menggunakan garfu.
Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Untuk Manisan :
1 ketul gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan ~ disimpul
Cara-Cara :
Satukan semua bahan manisan di dalam periuk, masak sehingga gula larut dan pekat. Kemudian ditapis.
Bahan Santan :
1 cawan pati santan
1/4 sudu kecil garam
Cara-Cara :
Masak di atas api sebentar menggunakan air yang sudah masak andai menggunakan kelapa parut segar.
Atau :
Susu cair + susu pekat dan sedikit garam .... masak atas api sebentar...
Cara Menghidang :
Masukkan sagu, bahan tambahan ke dalam mangkuk/gelas, tuangkan bahan santan secukupnya kemudian tuangkan sedikit bahan manisan secukup rasa. Hidangkan sejuk...
No comments:
Post a Comment