Monday, February 19, 2018
SAMBAL SARDIN...
RESEPI SAMBAL SARDIN
sumber : hanieliza...
Bahan-Bahan :
1 tin besar sardin
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato ~ dibelah 4 (tak letak)
1 labu bawang besar ~ dihiris kasar
5 biji limau kasturi ~ diambil jusnya
1 biji cili merah ~ dihiris serong
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang ~ untuk hiasan
Bahan Dikisar :
15 tangkai cili kering ~ direbus hingga lembut & toskan
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan sardin serta sosnya, bawang besar dan sos tomato. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan buah tomato, hirisan cili merah dan kacau rata.
4. Tutup api dan masukkan jus limau kasturi.
5. Taburkan hirisan daun bawang dan sedia dihidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment