Tuesday, February 13, 2018
SPAGHETTI GORENG LADA HITAM BERSOSEJ...
SPAGHETTI GORENG LADA
HITAM BERSOSEJ
rujukan : seripayaku...
Bahan-Bahan :
250 gm spaghetti ~ direbus sehingga lembut
5 batang sosej ~ dipotong serong
5 batang crabstick ~ dipotong 3 bahagian (saya tambah)
1/2 cawan air
Sedikit minyak masak
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1/4 biji kobis ~ diracik/dihiris
1/4 biji brokoli ~ dipotong ikut citarasa
1 biji cili merah ~ dihiris
1 biji cili hijau ~ dihiris
Bahan Perasa :
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap cair
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu teh lada hitam kisar
Garam jika perlu
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya lalu tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga wangi. Masukkan sosej, crabstick dan air, masak serta kacau seketika.
2. Masukkan kobis, brokoli dan semua bahan perasa lalu dikacau rata. Masukkan hirisan cili merah dan cili hijau dan gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan spaghetti yang telah direbus tadi dan gaul sebati. Jika kurang rasa garamnya....bolehlah ditambahkan kicap cair sehingga mendapat rasa yang secukupnya. Siap untuk dihidangkan...
Labels:
Noodles/Pasta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment