Friday, July 3, 2020
AYAM MASAK TAUCU
RESIPI AYAM MASAK TAUCU
sumber : Ruzita's Kitchen
Bahan-Bahan :
500 gm ayam ~ dipotong ikut suka, cuci bersih & toskan
1/2 cawan taucu
1/2 cawan air asam jawa
3 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
700 ml air
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
1 biji cili merah ~ hiris
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan taucu dan air asam jawa, kacau-kacau.
3. Masukkan air dan ayam. Perlahankan api dan biarkan ayam empuk/lembut.
4. Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam, kacau.
5. Sesuaikan rasa, tutup api.
6. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment