Sunday, July 5, 2020
KENGSOM IKAN KERISI
RESIPI KENGSOM IKAN KERISI
sumber : FB@BIKMM @ Tiesha Abdul Rahman
Bahan-Bahan :
2 ekor ikan kerisi
1/2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
1 keping asam keping
Garam/gula/serbuk pati ayam
Sayur kangkung secukupnya
Minyak masak
Bahan-Bahan Dikisar :
5 tangkai cili kering
5 biji cili padi merah
1 inci kunyit hidup
1/4 inci halia
1/4 inci belacan
1 batang serai
2 helai daun limau purut
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan air dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
3. Seterusnya, masukkan ikan kerisi, asam keping dan perasakan ia secukupnya. Biarkan ikan masak.
4. Akhir sekali, masukkan sayur kangkung dan bolehlah tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
TIPS :
~ boleh masukkan juga hirisan nanas.
~ jika suka pedas yang extra, boleh masukkan lagi cili padi.
~ kuah bergantung pada selera masing-masing.
~ boleh perah limau nipis jika sukakan kuah yang masam.
~ sayur kangkung jangan letak terlalu awal, jika tidak ia akan layu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment