Thursday, July 16, 2020
SAMBAL AYAM KICAP
RESIPI SAMBAL KICAP AYAM
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ potong ikut suka, cuci bersih & toskan
2 batang serai ~ dititik
5 helai daun limau purut ~ dicarik
1 biji tomato ~ belah 4
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak masak
Garam secukupnya, jika perlu
Bahan Dikisar :
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan tomato, daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5. Masak sehingga tomato sedikit layu, sesuaikan rasa dan tutup api.
6. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment