TAUHU BERLAUK SAMBAL KICAP
sumber : FB@Resepiorangdahulu
kredit : arianasofiaahmad@you tube.
Bahan-Bahan :
2 ketul isi ayam *
4 ketul tauhu putih *
4 tiub tofu telur@tauhu telur *
4 biji telur *
1 batang lobak merah (dicincang halus/dipotong kiub kecil)
4 tangkai daun sup (dihiris halus)
4 tangkai daun bawang (dicincang halus)
3 biji bawang merah (dipotong dadu halus)
2 biji cili api (dihiris halus)
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil aji-no-moto (saya tak letak)
1 kiub pati ayam
Bahan Sambal Kicap :
1 cawan kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
8 biji cili api
4 biji bawang putih
Bahan Pencelup Tauhu :
2 biji telur
Sedikit garam
P/S : Semua bahan yang bertanda (*) di kisar. Full video lihat : youtube@ariana sofia ahmed
Cara Penyediaan :
Di dalam blender, mula-mula masukkan telur, isi ayam, tofu telur dan akhir sekali tauhu putih, kisar sehingga sebati.
Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk/bekas yang sesuai dan gaul dengan bahan-bahan yang lain (lobak merah + cili api + bawang merah + daun sup + daun bawang + serbuk lada putih + serbuk lada hitam + aji-no-moto dan akhir sekali kiub pati ayam (hancurkan dulu), kesemua bahan ini digaul sebati.
Kemudian tuangkan ke dalam loyang 9 x 9 inci, alas plastik untuk memudahkan dikeluarkan dari loyang setelah masak.
Kukus sehingga masak selama 25-30 minit. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong ikut suka. (saya potong bentuk kiub saja).
Kemudian celup tauhu yang dipotong kiub tadi ke dalam bahan pencelup, goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Sedia dihidang bersama Sambal Kicap. Sangat enak dihidangkan panas-panas.
Cara membuat Sambal Kicap :
Dalam blender, masukkan cili api, bawang putih, sos tiram dan kicap, lalu blend/kisar sehingga sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk.
SIAP !
No comments:
Post a Comment