RESIPI KUIH BAKAR PANDAN
sumber : FB@ Eka Jangok's
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur (saya guna gred A)
Sedikit pewarna hijau (saya guna pes pandan)
Bijan secukupnya (sebagai hiasan)
Cara-Cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blender sehingga sebati.
2. Sapukan loyang saiz 8 inci atau loyang aluminium foil dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya. Taburkan bijan secukupnya (jika suka).
3. Bakar selama 40 minit pada suhu 180'C sehingga masak. Untuk dapatkan permukaan yang berkerak/garing bolehlah ditambah masa membakar (anggaran 1 jam untuk menghasilkan kerak yang banyak).
SIAP !
No comments:
Post a Comment