RESEPI SARDIN GULUNG
sumber : hanieliza
Bahan-Bahan :
10 keping roti sandwic biasa (lenyekkan jika suka)
3 biji telur
1 cawan serbuk roti
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Inti :
1 tin kecil sardin
2 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 biji cili merah (dicincang)
1 labu kecil bawang besar (dicincang)
Cara Membuat :
1. Masukkan bahan inti ke dalam kuali dan hancurkan dengan garpu.
2. Masakkan sehingga agak kering. Angkat, sejukkan. Sapukan/letakkan inti di atas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yang dipukul bersama sedikit garam.
3. Celupkan roti ke dalam telur yang dipukul dengan sedikit garam.
4. Golekkan gulungan roti di atas serbuk roti.
5. Gorengkan dalam minyak masak sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos cili.
No comments:
Post a Comment