Friday, July 10, 2020
SAMBAL TELUR
RESIPI SAMBAL TELUR REBUS
sumber : tiffinbiru@CMG
Bahan-Bahan :
8 biji telur rebus (kupas kulitnya & ketepikan)
1 biji bawang besar (hiris bulat & leraikan)
1 cawan cili kisar
1/2 sudu besar pes asam jawa
1 sudu besar gula melaka
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak
Bahan Kisar Halus :
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 keping hirisan nipis halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan-bahan kisar halus hingga wangi. Masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak, tambah sedikit lagi minyak masak, jika perlu. Bila cili garing, boleh masaukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuangkan sedikit air, anggaran 1/2 cawan.
2. Masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Kalau guna serbuk perasa, boleh masukkan sedikit. Masak hingga pekat dan masukkan bawang besar, kacau rata dan akhir sekali masukkan telur rebus, kacau perlahan dan masak sekejap jer. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment