RESIPI SAMBAL KERING
( Mariana Zainal )
Bahan-Bahan :
2 cawan ikan bilis (kopek & goreng garing, pastikan betul-betul garing, toskan & biarkan sejuk)
2 cawan kacang tanah (goreng, toskan dan biarkan sejuk)
4 peket tempe (hiris nipis, goreng garing, toskan & biarkan sejuk)
7 sudu besar gula (suka manis boleh tambah)
Sedikit garam (jangan bubuh banyak, ikan bilis dah masin)
2 sudu besar air asam jawa (bubuh cair-cair saja, jika suka)
Sedikit serbuk perasa
Bahan Kisar : (kisar semua bahan ini)
25 tangkai cili kering (tak suka pedas, kurangkan, potong buang bijinya)
1 biji bawang besar
7-8 ulas bawang putih
3 senduk minyak masak
Cara Memasak :
Panaskan kuali (jangan letakkan minyak masak dah, sebab kita dah kisar bahan kisar sekali dengan minyak masak. Cara ini untuk mengelakkan minyak masak merecik merata), gunakan api sederhana. Masukkan bahan kisar, bila cili dah masak dan berubah warna masukkan gula, air asam jawa, sedikit garam, tumis sampai betul-betul masak dan berubah warna jadi gelap. Bila dah berbuih kecil dan pekat masukkan tempe, ikan bilis dan kacang, gaul rata sehingga semua bersalat sambal. Masukkan dalam talam, ratakan, bakar 5 minit, biarkan betul-betul sejuk baru masukkan ke dalam bekas, suhu 160'C - 170'C api atas bawah.
SIAP !
No comments:
Post a Comment