PANDAN CHIFFON CAKE
sumber : Insta@cheta_78
Bahan A :
4 biji kuning telur (saya guna gred A)
60 gm fresh milk@susu segar
40 gm minyak jagung
70 gm tepung superfine
1/2 sudu teh pes pandan@extract pandan
Bahan B :
4 biji putih telur (gred A)
70 gm gula pasir
1/4 sudu teh cream of tartar (atau 1/2 sudu teh jus lemon)
Secubit garam halus
Cara-Cara :
1. Panaskan oven suhu 160'C (suhu bergantung pada jenis oven). Kacau kuning telur menggunakan whisk selama 1 minit, masukkan fresh milk, minyak dan kacau rata.
2. Masukkan tepung (diayak dulu), kacau rata dan ketepikan seketika.
3. Bahan B : Putar putih telur + cream of tartar (atau jus lemon) + garam sehingga berbuih kemudian masukkan gula 3 x dan pukul sehingga stiff peaks.
4. Masukkan meringue@putih telur secara (bertahap) 3 kali ke dalam adunan kuning telur. Guna SPATULA dengan teknik kaupbalik (jangan terlebih kacau).
5. Tuang ke dalam loyang chiffon 17cm yang tidak perlu digris. (saya guna loyang 20cm).
6. Bakar selama 55 minit atau sehingga masak dengan suhu 160'C.
7. Setelah masak, keluarkan dari oven, telangkupkan loyang dan biarkan sehingga sejuk. Keluarkan dari loyang setelah kek betul-betul sejuk... SIAP !
No comments:
Post a Comment