Tuesday, July 7, 2020
TERUNG GORENG KICAP BERCILI
RESIPI TERUNG GORENG
KICAP BERCILI
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
2 biji terung panjang saiz sederhana
5-10 biji cili padi (hiris halus) (saya ganti dengan cili merah 1 biji)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
Kicap manis secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis
Cara Memasak :
1. Potong dadu terung tapi jangan terlalu kecil. Gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam anggaran 2 cawan dan goreng terung separuh masak. (Jangan sampai lembik). Goreng berperingkat sehingga selesai.
3. Kurangkan minyak gorengan tadi dalam anggaran 1 senduk. Tumis bawang besar dan cili padi/cili merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih dan diikuti terung yang digoreng tadi. Masukkan pula kicap manis. Jika anda suka berkuah, lebihkan kicap.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
TIPS : Bawang putih dimasukkan agak lambat sedikit kerana jika digoreng agak lama ia mudah hangus dan memberikan rasa pahit yang tidak enak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment