KEK PISANG

Tuesday, July 28, 2020

CREAM PUFF MONTOK !








RESEPI CREAM PUFF MONTOK
sumber :    Azlina Ina Fans




Bahan-Bahan & Cara-Cara :

1  cawan  air
1  sudu besar  gula kastor


Panaskan sampai berwap kemudian masukkan 100 gm marjerin (pakai marjerin tak perlu letak garam tapi kalau pakai Buttercup letakkan garam sikit).  Biarkan cair sampai mendidih.  Masukkan 100 gm tepung gandum dan kacau laju-laju, api kecil.  Setelah menjadi doh, masukkan adunan ke dalam mangkuk.  Semasa adunan masih panas, masukkan esen vanilla (anggaran 1/2 sudu teh) dan 3 biji telur (saya guna gred A) satu persatu (letak pewarna kalau nak).
Paipkan adunan ke dalam loyang yang dah di alas baking paper dan renjis-renjiskan air masak sebelum bakar bagi merangsang puff naik gebu.  Bakar suhu 150'C selama 20 minit api atas bawah (bergantung pada oven masing-masing) (saya guna suhu 200'C selama 20 minit api atas bawah dan 'ON' kipas).


Bahan Inti Kastad :

200  gm  whipping cream 'Dairy'
200  gm  Instand Custard
200  gm  air sejuk

(Mix sampai kental, ketepikan seketika).

Dalam mangkuk berasingan, mix 200 gm fresh cream sejuk (whipping cream Non-Dairy jenama 'VIVO') sampai soft peak.  Kemudian masukkan ke dalam adunan custard tadi.  Mix sampai sebati.
Belah tepi puff dan letakkan fillingnya ke dalam piping bag yang berisi nozzle lubang bulat, paipkan dari dalam menghala keluar, taburkan Snow Powder, jika suka.
SIAP !





No comments:

Post a Comment