RESIPI ROTI JALA
sumber : FB@BIKMM@Zainab Abu Bakar
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1 biji telur gred A
Secubit garam
Pewarna ikut citarasa
Cara-Cara :
Satukan semua bahan, kisar sehingga sebati.
Sedia untuk dimasak (guna pan/kuali non-stick).
Jika guna kuali leper yang masak daging burger tu lenser dengan sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama, yang seterusnya tidak perlu lenser minyak.
KARI AYAM BERSAMA KENTANG
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam (potong ikut suka, cuci bersih & toskan)
2 biji kentang (kupas kulit & belah empat)
3 sudu besar serbuk rempah kari (bancuh dengan sedikit air)
2 tangkai daun kari *
1 inci halia (hiris)
3 ulas bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 batang kulit kayu manis *
3 kuntum bunga lawang *
2 biji buah pelaga *
1 sudu kecil halba *
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar cili kisar
200 ml santan pekat atau santan kotak
700 ml air
1 senduk minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih dah halia sehingga layu.
2. Masukkan bahan bertanda(*) dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kari dan tumis sekejap.
4. Masukkan ayam dan kentang, perlahankan api dan tutup periuk.
5. Bila ayam empuk, masukkan air, garam, gula, cili kisar dan masak sehingga mendidih.
6. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
7. Sesuaikan rasa, tutup api. SIAP !
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
ReplyDeletedapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q