KEK PISANG

Friday, July 24, 2020

KEK KEJU JEPUN










KEK KEJU JEPUN BUDGET
sumber :    FB@Azlina Ina resepi
kredit :    permata pink




Step 1 :

200  ml  susu segar full cream
5  keping  cheese slice
70  gm  butter


Panaskan susu segar dan cheese slice sehingga larut, matikan api, masukkan butter kacau sehingga butter cair.  Biarkan suam.


Step 2 :

3  biji  putih telur   (saya guna gred A)
70  gm  gula icing
1  sudu teh  cream of tartar atau 1 sudu teh lemon juice


Pukul putih telur sampai berbuih sedikit, masukkan gula icing dan cream of tartar, mix sampai bertanduk sedikit (bila terbalikkan mangkuk adunan putih telur tak jatuh) jangan overbeat.


Step 3 :

3  biji  kuning telur   (gred A)
Esen Creamy Vanilla/Esen Vanilla secukupnya
70  gm  tepung gandum
10  gm  tepung jagung
1  sudu teh  baking powder


Mix kuning telur dengan esen creamy vanilla, masukkan adunan susu yang dah suam tadi (Step 1) mix sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder (ayak dulu), mix sehingga sebati lagi.  Kemudian, masukkan adunan putih telur (Step 2) tadi, kaupbalik sehingga adunan rata.
Masukkan ke dalam loyang (saiz 7 inci).  Loyang pastikan sapu butter dahulu sekeliling dan bawah, alaskan baking paper pada bahagian bawah sahaja.
Bakar secara 'water-bath' (loyang kek isi dalam loyang berisi air panas) selama 60 minit suhu 150'C - 170'C hingga masak (ikut oven masing-masing).  Pastikan panaskan oven dahulu dan air dalam loyang panas juga.
SIAP !


No comments:

Post a Comment