Tuesday, July 28, 2020
KARI TELUR
RESEPI KARI TELUR
Bahan-Bahan :
6 biji telur yang telah direbus & dikupas kulit
2 biji tomato ~ dibelah 4 setiap satu
1 paket kecil serbuk kari daging/ayam, dibancuh dengan sedikit air
1 cawan santan atau secukupnya
1/2 sudu kecil halba campur
1 biji cili merah ~ hiris serong
1 biji cili hijau ~ hiris serong
1 tangkai daun kari
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Bahan Dihiris :
2 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali dengan lebih kurang 1 cawan minyak masak dan goreng telur yang telah direbus tadi kemudian angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Kemudian masukkan bancuhan pes kari tadi. Tunggu sehingga pecah minyak. Apabila kari sudah pecah minyak bolehlah dimasukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
4. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan boleh juga ditambah sedikit serbuk perasa, jika suka. Setelah mendidih masukkan telur, tomato, cili merah dan cili hijau. Biarkan masak seketika dan tutup api. Sedia dihidangkan ..... SIAP!
TIPS : Cara mudah untuk kupas telur rebus ialah dengan merendamkan telur yang baru mendidih di dalam air sejuk (air paip) dan kemudian kupas seperti biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment