KOREAN CHEESE BREAD (VIRAL)!
sumber : FB@Zuita Aisyah
Bahan-Bahan :
Roti bun secukupnya (guna yang readymade seperti gambar dibawah)
Bahan Sos Garlic :
3 sudu besar butter atau marjerin
6 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 cawan susu segar
1 biji telur (saya guna gred A)
2 sudu besar madu
Sedikit parsley kering atau mixed herb pun boleh
Cara-Cara :
Cairkan butter atau marjerin dalam periuk dengan menggunakan api yang perlahan sahaja. Kemudian masukkan semua bahan sos garlic kecuali telur. Sebelum masukkan telur tutup api terlebih dahulu. Biarkan sedikit suam, selepas itu masukkan telur baru dikacau bagi sebati...Siap!
Bahan Topping Cheese :
200 gm cream cheese (suhu bilik)
1/2 cawan whipping cream 'dairy'
2 sudu besar gula
Cara-Cara :
Campurkan semua bahan dan kisar dalam pengisar. Apabila dah selesai kisar dan sebati, tuangkan ke dalam piping bag.
Cara Menyediakan Roti Korean Garlic Bread :
Roti Bun dibelah 6 tetapi jangan sampai putus. Kemudian paipkan sos cream cheese di celah-celah belahan roti itu. Mahu lagi sedap paip la banyak-banyak, melimpah gitu. Kemudian celupkan atau curahkan sos garlic supaya kena dikeseluruhan bun yang telah di letakkan di dalam dulang pembakar. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu 160'C (ikut oven masing-masing).
Siap!...untuk dihidangkan.
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
- Telkomsel
- GOPAY
- Link AJA
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
add Whatshapp : +85515373217 x-)