KEK PISANG

Thursday, July 2, 2020

PUDING ROTI SOS KASTAD










PUDING ROTI SOS KASTAD
sumber :    cookpad.com@RozitaZuitaAisyah




Bahan Puding :

10  keping  roti gardenia
3  cawan  susu segar
4  biji  telur gred A/B
4  sudu besar  gula
1  sudu kecil  esen vanilla 
1/2  cawan  kismis
Sedikit Plantan


Bahan Sos Kastad :

2  cawan  susu segar
2  sudu besar  gula
1  sudu kecil  esen vanilla   (saya tak letak)
2  sudu besar  tepung kastad
2-3  ulas  durian   (saya tambah  ~  ambil isi & lecek dengan garfu)


Cara-Cara :

1.  Potong roti ikut saiz yang kita mahu.

2.  Sapu sedikit Planta pada casserol@loyang.

3.  Susun roti yang sudah dipotong ke dalam casserol.

4.  Campurkan telur ke dalam 3 cawan susu segar tadi, masukkan esen vanilla dan gula, kacau sebati.

5.  Tuangkan ke dalam casserol yang sudah diisi roti tadi, tekan-tekan sedikit dengan spatula bagi sebati susu dan roti.  Taburkan dengan kismis.

6.  Masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.  Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit@sehingga masak.

7.  Buat sos dia pula :   Masukkan kesemua bahan sos ke dalam periuk kecil dan kacau rata.  Masak di atas api yang sederhana besar, kacau sampai pekat dan tutup api.

8.  Bila Puding Roti tadi dah masak, sejukkan dahulu selepas itu simpan dalam peti sejuk.  Makan sejuk-sejuk lagi nikmat.
SIAP !


No comments:

Post a Comment