KEK PISANG

Tuesday, February 7, 2012

KUIH LAPIS PELANGI

KUIH LAPIS PELANGI
zaralovebaking.blogspot.com


KUIH LAPIS PELANGI

Bahan A :

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 tbsp. tepung jagung
1 tsp. garam
2 cawan santan pekat

Bahan B :

1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan - disimpul
beberapa titik pewarna - coklat emulco, hijau & kuning


Cara membuat :

1. Masakkan bahan B hingga gula pasir larut dan biarkan suam sedikit.
2. Satukan bahan A hingga sebati dan rata, ketepikan.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A, gaul rata dan tapiskan.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan tiap-tiap bahagian dengan hijau, coklat dan kuning.
5. Panaskan loyang yang telah disapu dengan minyak dan di alas dengan plastik sebentar.
6. Masukkan adunan koko 1 cawan dan kukus selama 5 minit (anggaran : 4 senduk)
7. Masukkan adunan hijau 1 cawan dan kukus selama 5 minit.
8. Seterusnya masukkan adunan kuing 1 cawan dan kukus selama 5 minit. Buat secara selang-seli hingga habis.
9. Untuk lapisan akhir kukus selama 20 minit. Biar betul-betul sejuk barulah dipotong (anggaran : 6 jam) - kuih akan cantik ketika dipotong bila ianya betul-betul sejuk.

Nota : Jika tiada coklat emulco gantikan dengan :
3 tbsp. serbuk koko (rata) )
4 tbsp. air suam ) digaul sebati

1 comment:

  1. Aslmkum Zaharah.nampak menarik kuih lapis kat atas tu...warna pun terang.
    re; resepi nasi Arab ada di sini; http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/01/kelas-masak-nasi-hadramaut-step-by-step.html

    ReplyDelete