KEK PISANG

Saturday, February 25, 2012

Salam semua! Hari ini saya mencuba resipi Serimuka Sri Kedah yang saya pelajari di dalam kelas Chef Asma. Resipi ini sudah lama saya simpan, cuma belum ada kelapangan untuk mencubanya. Baru hari ini saya ada masa untuk mencubanya. Disini saya letakkan resipinya untuk sesiapa yang sudi mencubanya. Kuih ini sangat sedap. Tapi permukaan serimuka ini mengerutu disebabkan terlebih masak naik wap (adunannya agak pekat). Lain kali saya akan mencubanya lagi kerana tidak puas hati dengan hasilnya.
SERIMUKA SRI KEDAH


SERIMUKA SRI KEDAH (tray : 10" x 10" x 2")
oleh : Chef Asma
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan Lapisan Bawah :

450 gm beras pulut (rendam 4 jam & toskan)
150 ml santan pekat
400 ml air
2 tsp. garam (ratakan)

Satukan kesemua bahan lapisan bawah (pulut) hingga sebati dan kukus selama 30 minit. Apabila telah masak tekankan pulut ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik. Tuangkan lapisan tengah dan kukus selama 25 minit. Kemudian tuangkan lapisan bawah dan kukus selama 30 minit hingga masak.

Bahan Lapisan Tengah :

50 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
3 biji telur (gred B)
300 ml air
100 ml santan pekat
1/8 tsp. pewarna hijau
1/2 tsp. esen vanilla
1/2 tsp. garam

Satukan kesemua bahan lapisan tengah dan kacaukan hingga sebati. Tapiskan jika perlu dan masakkan naik wap. Tuangkan ke atas pulut yang telah masak tadi. Kukus selama 25 minit.

Bahan Lapisan Atas :

50 gm tepung kastad
150 gm gula kastor
3 biji telur (gred B)
300 ml air
100 ml santan pekat
1/4 tsp. garam
1/4 tsp. esen vanilla
sedikit pewarna kuning

Satukan kesemua bahan lapisan atas hingga sebati. Tapiskan jika bergentel. Masakkan naik wap dan tuangkan ke atas lapisan tengah. Kukus selama 30 minit hingga masak dengan api sederhana besar. SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment