KEK PISANG

Wednesday, February 22, 2012

Salam semua! Disebabkan masih ada baki keladi ni maka saya mencuba resipi ini pula iaitu Apam Keladi. Sayang pula nak buang baki keladi ni. Almaklumlah keladi ni harganya agak mahal. Resipi ini dari buku. Rasanya sedap dan gebu sekali. Cubalah.
APAM KELADI
oleh :Pn. Azimah Mansor
guna acuan putu ayu
dalam pelbagai acuan


APAM KELADI
oleh : Chef Azimah Mansor
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

300 gm keladi (dipotong dadu & dikukus)
400 gm tepung superfine
350 gm gula kastor
250 ml santan (100 ml santan pekat + 150 ml air)
1 tbsp. baking powder
5 biji telur (gred B)
11 gm yis segera (1 tbsp.)
1 tsp. garam
1 tsp. esen keladi
sedikit pewarna ungu

Cara-cara :

1. Keladi dan santan dikisar halus. Ketepikan.
2. Telur, gula dan garam dipukul hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan tepung, yis dan baking powder. Pukul rata-rata.
4. Masukkan adunan santan dan esen sambil dikacau rata.
5. Perap selama 1 jam.
6. Panaskan kukusan dan acuan lompang disapu sedikit minyak. (Boleh juga guna papercup yang diletakkan dalam acuan lompang).
7. Isikan adunan 3/4 tinggi acuan.
8. Kukus selama 15 minit.

No comments:

Post a Comment