KEK PUDING KARAMEL
KEK PUDING KARAMEL (loyang : 8 inci bulat)
oleh : Munirah Baharum, Azlita dari blog Masam-Masam Manis & Noorsha blogspot.com
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Gula hangus : 2 tbsp. gula pasir
Taburkan gula pasir dalam loyang dan masakkan atas api perlahan. Biarkan gula hancur dan warna bertukar perang. Ratakan. Biar sejuk. Ketepikan dahulu.
Bahan karamel :
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1/2 tsp. esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut. Kacaukan telur dan esen vanilla perlahan-lahan. Satukan kedua-dua bahan dan kacau rata perlahan-lahan saja. Tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan. (Kalau nak dapat lapisan karamel yang tebal, gandakan adunan ini. Adunan ini tidak perlu dibakar dahulu. Ianya akan dibakar bersama adunan kek nanti).
Bahan Kek 1 :
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak
Pukul kuning telur, minyak dan air hingga gebu dan bertukar warna putih. Masukkan gula dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Bahan Kek 2 :
140 gm tepung gandum )
1 tsp. baking powder ) diayak bersama
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga semua bergaul sempurna. Ketepikan.
Meringue :
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 tsp. cream of tartar
Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula dan cream of tartar, terus pukul hingga kental. Masukkan 1/3 bahagian meringue ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik. Kemudian masukkan baki meringue dan ratakan hingga bergaul sempurna dan sebati. Kacau perlahan-lahan.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan. Tuangkan adunan kek ke atas lapisan karamel tadi secara berselang-seli hingga habis.
Bakar guna api bawah sahaja secara steam bath dengan suhu : 170'C dan bila dah dimasukkan ke dalam oven, turunkan suhu kepada 160'C dan bakar selama 1 jam hingga masak.
Setelah masak, biar kek kekal dalam oven hingga kek renggang di tepi loyang. Terbalikkan atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. Potong dan hidang kek bila ia benar-benar telah sejuk.
No comments:
Post a Comment