KEK PISANG

Tuesday, June 11, 2013

RED PEARL COOKIES









BISKUT RED PEARL


sumber dari  :  CendanaKasih (tqvm - sangat sedap & rangup)
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

150  gm   mentega
  75  gm   gula kastor
150  gm   tepung gandum
  60  gm   cornflakes  (ramas sedikit)
  50  gm   chocolate chip
  10  gm   ceri merah  (hiris halus)
  10  gm   ceri hijau  (hiris halus)
  25  gm   kacang badam/gajus atau hazelnut (bakar dahulu dan dihancurkan sedikit)
    1  tsp.  esen vanilla
    1  tsp.  emplex


Bahan Hiasan :

Ceri merah  -  hiris halus memanjang
sedikit kuning telur untuk disapu di atas biskut


Cara membuat :

1.   Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati (sekadar sebati sahaja).
2.   Campurkan kesemua bahan kering dan masukkan ke dalam adunan mentega.  Kacau sebati.
3.   Dengan menggunakan sudu kecil, sudukan adunan ke atas dulang pembakar. (atau boleh juga dijemput dan buat seperti bebola dan bila dibakar, biskut akan leper dengan sendiri).
4.   Sapukan kuning telur di atas biskut dan letakkan ceri merah di atasnya.
5.   Bakar selama 20-25 minit di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160'C.

TIPS  :   untuk mendapatkan biskut yang rangup tanpa menggunakan emplex :   keluarkan 2 sudu besar tepung gandum dari sukatan di atas dan digantikan dengan 2 sudu besar (tbsp.) tepung beras jadi biskut lebih rangup dan sedap.  Tidak perlu menggunakan serbuk emplex.

No comments:

Post a Comment