KEK PISANG

Saturday, June 8, 2013

SAMBAL IKAN SARDIN








SAMBAL IKAN SARDIN


rujukan  :   Amie's Little Kitchen
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

   1  tin         besar ikan sardin jenama ADABI
   1  labu      bawang besar  -  dihiris kasar
   2  biji        tomato  -  dicincang (saya guna kacang panjang)
   4  helai      daun limau purut (tak letak, tiada stok)
   1  batang   serai  -  di titik
1/2  cawan   bancuhan air asam jawa
garam, gula & perisa secukupnya
minyak masak


Bahan Kisar :

15  biji   cili kering
  5  ulas  bawang putih
  5  biji   bawang merah
sedikit halia
sedikit belacan


Cara-cara :

     Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.  Masukkan tomato cincang/kacang panjang, serai dan bancuhan air asam jawa.  Masak hingga terbit minyak.  Masukkan ikan sardin, bawang besar dan daun limau purut.  Masak hingga kuah pekat.  Perasakan dengan garam, gula dan perasa pilihan.

No comments:

Post a Comment