KEK PISANG

Thursday, December 19, 2013

APAM KELEDEK MARBLE










APAM KELEDEK MARBLE




Sumber  :   CT Delima & Yatiememories
dicuba   :   zaralovebaking



Bahan-bahan :

 3/4   cawan   gula pasir *
200   ml         air *
    1   helai      daun pandan *

( * kesemua bahan di atas dimasak hingga gula hancur & sejukkan)


    2   cawan   tepung beras
    1   cawan   keledek rebus  (dilecek)
250   ml         santan
    1   cawan   tepung gandum
    1   tsp        yis mauripan
    1   tsp        baking powder
sedikit pewarna oren
sedikit pewarna hijau


Cara Penyediaan :

1.   Keledek rebus diblend bersama santan dan biarkan sebentar.
2.   Di dalam mangkuk, satukan tepung beras, tepung gandum, yis, baking powder dan garam.
3.   Satukan kesemuanya di dalam blender kecuali pewarna dan kisarkan sebati.
4.   Perapkan selama 1 jam atau hingga adunan naik berganda.
5.   Adunan dibahagi kepada 2 bahagian dan letakkan pewarna.
5.   Tuangkan ke dalam acuan kecil secara berselang-seli dan kukus selama 15 minit.
6.   Jika menggunakan acuan besar, masa mengukus selama 40 minit.
7.   Hidangkan bersama kelapa parut putih jika suka.

No comments:

Post a Comment