Friday, December 6, 2013
HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
Rujukan : Citarasawan
Bahan A :
55 gm tepung kek/superfine
20 gm tepung kastad
1 tsp baking powder
4 biji kuning telur gred 'B'
30 gm gula kastor
1 tsp esen vanilla
40 ml susu segar
40 ml minyak jagung/canola
Bahan B :
4 biji putih telur
1/4 tsp garam
80 gm gula kastor
Kertas cawan secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C.
2. Bahan A : Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul kuning telur dan gula dengan hand whisk hingga kembang. Masukkan vanilla, susu dan minyak. Pukul hingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Bahan B : Pukul putih telur dan garam hingga berbuih. Masukkan gula dan pukul hingga kental dan bertanduk.
5. Kaupbalik adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung hingga bergaul rata.
6. Masukkan 1/3 adunan (anggaran 2 sudu besar) ke dalam cawan kertas dan hentakkan sedikit untuk mengeluarkan gelembung udara.
7. Bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak sepenuhnya. Keluarkan dari oven dan hentakkan sedikit cupcake.
8. Sejukkan dahulu sebelum di paipkan dengan filling. Taburkan dengan gula aising jika suka.
Nota : tahan 2 - 4 hari di dalam bekas bertutup dan di simpan di dalam peti sejuk.
Pandan Custard Filling :
(akubukanmasterchef)
1 tbsp tepung gandum
1 tbsp tepung kastad
1 biji telur
4 tbsp gula pasir
200 ml susu segar
1 tsp pandan emulco
1 tbsp mentega
sedikit pewarna hijau
Cara-cara :
Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan gula ke dalam periuk. Kacau rata. Masukkan susu segar, kacau rata. Masukkan pandan emulco, sedikit pewarna hijau dan telur. Kacau sebati. Masak hingga pekat. Tutup api dan masukkan mentega. Kacau hingga kesemuanya sebati dan pekat. Sejukkan dahulu sebelum di paipkan ke dalam cupcakes.
Labels:
Cupcake/kek cawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment