Thursday, December 5, 2013
PAVLOVA
PAVLOVA
Rujukan dari : buku - Chef Norzailina Nordin
Bahan-bahan :
4 biji putih telur 'A' (pada suhu bilik)
146 gm gula kastor (2/3 cawan)
1 tsp krim tartar atau jus lemon/cuka
1 tsp tepung jagung
1 tbsp esen vanilla
Hiasan : hirisan buah strawberi, rasberi, blueberi, delima dll.
Bahan Krim :
250 ml krim putar 'non-dairy' (1 cawan)
2 tbsp gula aising
Cara Penyediaan :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160'C selama 10 minit.
2. Putar putih telur sehingga kembang.
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul sebati. Masukkan krim tartar dan tepung jagung, putar lagi sehingga kental.
4. Ratakan adunan dalam bentuk bulatan 22 sm di atas kertas kalis minyak. Turunkan suhu kepada 100'C, bakar selama 1 1/2 jam. Biar sejuk di dalam ketuhar.
Untuk krim : Putar krim dan gula aising sehingga kental. Sapukan ke atas pavlova. Hias dengan hirisan buah-buahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment