KEK PISANG

Thursday, December 12, 2013

PUDING ROTI











PUDING ROTI





Sumber  :   buku 'Koleksi Terbaik Norzailina Nordin'
dicuba    :   zaralovebaking




Bahan-bahan :

  10   gm        agar-agar bertali  (direndam 2 jam)
750   ml         air  ( 3 cawan )
    4   keping   roti
200   ml         susu cair
110   gm        gula pasir  ( 1/2 cawan )
    1   biji        kuning telur
    1   tsp        esen vanilla
Pewarna hijau, kuning, ungu


Cara Penyediaan :

1.   Jerangkan agar-agar dengan air sehingga mendidih dan hancur.

2.   Satukan roti, susu cair dan telur.  Apabila roti telah kembang, kisarkan halus.

3.   Masukkan gula ke dalam agar-agar.  Kacau sekali-sekala.  Apabila gula hancur, masukkan campuran roti tadi.  Kacau anggaran 2 minit.  Tutup api.

4.   Bahagikan kepada 3 bahagian, warnakan dengan pewarna berbeza.

5.   Tuangkan setiap satu secara berselang-seli ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.  Biarkan keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment