KEK PISANG

Sunday, December 1, 2013

ORANGE SLICE CHEESECAKE












ORANGE SLICE CHEESECAKE




Sumber   :    Hanamemories
dicuba     :    zaralovebaking



Bahan-bahan :

4 - 5  keping   slice cheese
 200  ml          susu segar
   70  gm         mentega/marjerin
   70  gm         tepung gandum  -  diayak
   70  gm         gula kastor
     4  biji         telur gred 'B'
beberapa titik esen vanilla
     1  tsp.        orange emulco
Pewarna orange


Cara-cara :

1.   Potong atau siat-siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2.   Masukkan ke dalam periuk, gunakan api kecil dan masak hingga slice cheese cair.
3.   Kacau sentiasa dan masukkan orange emulco dan pewarna orange (jika suka).  Kacau sebati.
4.   Masukkan mentega dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
5.   Pukul putih telur bersama gula hingga kental.
6.   Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi.
7.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi.  Pastikan adunan tidak berbintil.
8.   Akhir sekali campurkan putih telur ke dalam adunan tadi dan beberapa titik vanilla secara kaupbalik.
9.   Tuangkan ke dalam acuan bersaiz 20 cm (8 inci) yang telah digris dan di alas.
10.  Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu ke 140'C selama 40 minit dan letakkan air di bawah dulang pembakar.  Ini adalah cara 'bain marie' untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

No comments:

Post a Comment