yang ni untuk hubby bawa ke surau.
APAM NASI PELBAGAI WARNA
Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor/gula pasir
1 peket yis Mauripan (11 gm)
2 cawan nasi sejuk
3 cawan air
sedikit pewarna pilihan
Hiasan : kelapa parut putih secukupnya
Cara Penyediaannya :
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali nasi sejuk dan air. Gaul hingga sebati dan ketepikan sebentar. Kemudian kisarkan nasi dan air hingga betul-betul hancur/halus dan campurkan ke dalam bahan kering yang digaul tadi dan biarkan sebati.
Perapkan adunan selama 3 jam atau hingga adunan naik berganda. Panaskan kukusan. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan. Tuangkan adunan ke dalam acuan pilihan dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana. Setelah masak, gaulkan dengan kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam. (kukus sebentar kelapa parut untuk mengelakkan kelapa cepat basi).
cntk berwarna warni.........
ReplyDelete