Sunday, April 6, 2014
BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE
BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE
sumber : mybakingworkshop - kek yang sangat sedap & moist, tqvm
Bahan A :
250 gm butter
220 gm gula kastor
Bahan B :
4 biji telur gred 'A'
Bahan C :
80 gm cheddar cheese, dipotong dadu
20 gm chocolate rice
Bahan D :
100 ml susu segar
Bahan E :
280 gm tepung gandum/tepung superfine
1 tsp baking powder
Bahan F : (untuk taburan)
Parutan cheddar cheese secukupnya
Almond flakes secukupnya
Chocolate rice secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan dan dialas dengan kertas minyak. Ketepikan dulul.
2. Pukul bahan A hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan pula bahan C, gaul sebati.
5. Kemudian masukkan bahan D dan E berselang-seli hingga habis. Gaul sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Taburkan bahan F di atasnya.
7. Bakar selama 45 minit atau hingga masak sepenuhnya. Sejukkan dahulu barulah dipotong.
Labels:
Cheesecake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment