pecah sedikit ketika hendak di terbalikkan..huhuhu..
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
sumber asal : MyResipi
rujukan : teratakmutiarakasih - lina pg. (tq - sangat sedappp)
Bahan Gula Hangus :
4 tbsp. gula pasir
Bahan Puding :
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 tbsp. tepung kastad
1 tsp. esen vanilla
Loyang : 9 inci persegi
Cara Penyediaan :
1. Buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula pasir ke dalam loyang, menggunakan api kecil, masak sehingga gula menjadi perang kemudian ratakan pada keseluruhan loyang; ketepikan dulu.
2. Satukan kesemua bahan puding. Kacaukan di atas api kecil. Adunan hendaklah dikacau selalu agar tepung kastad tidak bergentel.
3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat; tutupkan api; tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk sehingga puding mengeras. Terbalikkan puding ke dalam pinggan dan bolehlah dihidangkan.
Terima kasih sudi cube rcp ni..salam ukhwah dr saya LiNa Pg
ReplyDelete