ECLAIRS
rujukan dari : citarasawan
Bahan-bahan :
60 gm marjerin
125 ml susu segar
1/4 tsp garam halus
75 gm tepung gandum
2 biji telur gred 'B'
Hiasan :
100 gm coklat masakan - cairkan secara double boiler
Gula manik hundred thousang atau ikut pilihan
Cara-cara :
1. Masakkan susu segar, garam dan marjerin di dalam periuk hingga mendidih, tutupkan api, masukkan tepung dan kacaukan hingga menjadi segumpal doh. Buka kembali api dan kacau 2-3 minit lagi hingga terbentuk lapisan nipis di dasar periuk. Tutupkan api dan biarkan suam seketika.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan gaulkan hingga licin dengan senduk kayu. Adunan mestilah tidak terlalu pekat atau cair dan boleh mengekalkan bentuk apabila dipaipkan.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozle pilihan. Paipkan sepanjang 6cm ke atas dulang pembakar yang telah dialaskan dengan kertas minyak yang digriskan terlebih dahulu.
4. Bakar di rak atas pada suhu 180'C selama 15 minit kemudian turunkan suhu kepada 160'C dan bakar selama 15 minit hingga kekuningan. Sejukkan.
5. Potong mendatar tetapi tidak putus, isikan krim kastad dan celupkan dengan coklat masakan.
Inti Pandan :
rujukan : Chef Asma
250 ml susu segar
1 biji telur
50 gm gula halus
1/4 tsp esen vanilla
13 gm tepung kastad
15 gm tepung jagung
1/4 tsp perasa pandan
1/4 tsp pewarna hijau
Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan ini ke dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat. Sejukkan inti sebelum dimasukkan ke dalam eclairs.
ATAU :
Krim Kastad :
rujukan : citarasawan
150 ml susu cair
50 ml UHT whipping cream
25 gm gula pasir
1/8 tsp garam halus
20 gm tepung jagung
1 biji kuning telur - dipukul ringan
1/4 tsp esen vanilla
Cara-cara :
Satukan semua bahan dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Sejukkan dahulu sebelum dipaip ke dalam eclair.
No comments:
Post a Comment