KEK PISANG

Tuesday, April 1, 2014

RED VELVET CHEESE TART









RED VELVET CHEESE TART
rujukan  :   sariyusa (serikandi) & saranur74 - sangat sedap & terima kasih di atas perkongsian resipi ini.



Bahan Pastri :

170   gm     margarine/buttercup tin kuning
    3   tbsp   gula icing
    1   biji     telur 'B'
 1/2   tsp     esen vanilla
    1   tsp     cuka kurma/epal
    2   tbsp   serbuk koko
    2   tbsp   pewarna merah (Americolor)
290   gm     tepung gandum 'cap sauh'


Cara-cara :

1.   Pukul margarine dan gula icing dengan senduk kaju sebentar sahaja.
2.   Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sebati.
3.   Masukkan cuka, pukul sebati.  Masukkan pewarna, pukul lagi.
4.   Masukkan serbuk koko dan akhir sekali tepung sedikit demi sedikit.  Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.  (tidak perlu dihabiskan tepung).
5.   Simpankan doh di dalam peti sejuk selama 15-20 minit.
6.   Keluarkan doh dari peti sejuk dan tekankan ke dalam acuan tat.  Cucuk-cucuk dasar tat.
7.   Panaskan oven pada suhu 170'C dan bakar selama 20-25 minit.


Bahan Inti :

   250   gm     cream cheese
2  1/2   tbsp   gula kastor
       1   biji     telur 'B'
    1/2   tsp     esen vanilla atau jus lemon
Jem strawberry secukupnya

Cara-cara :

     Pukul cream cheese dan gula hingga lembut.  Masukkan telur dan esen vanilla.  Pukul lagi hingga sebati dan lembut.  Masukkan ke dalam piping bag.

TIPS  :  Jangan putar cream cheese pada suhu bilik.  Putar 10-15 minit selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

2 comments:

  1. Teringin pulak akak nak membuatnya zara.. Nampak sedap akak tengok tu.. :)

    ReplyDelete
  2. memang sedap Nur Hayati...buat untuk candy buffet anak..habis laku...

    ReplyDelete