KEK PISANG

Sunday, July 22, 2018

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI...









AYAM MASAK KICAP DAUN KARI
sumber :    Insta@resepisedap...




Bahan-Bahan :

5  ketul  ayam  ~  gaul garam & serbuk kunyit
1  tangkai  daun kari
1/2  cawan  kicap manis  (saya guna 1/4 cawan jer)
1/2  cawan  air
1/2  biji  limau purut atau  1 sudu besar  air asam jawa  (saya guna air asam jawa)
1/2  biji  bawang besar  ~  hiris bulat
5  biji  cili padi hijau  ~  belah dua
1  sudu kecil  garam
Minyak masak


Bahan Kisar :

5  tangkai  cili kering  ~  rendam dalam air panas hingga lembut & toskan
2  ulas  bawang putih
1/2  biji  bawang besar


Cara Memasak :

1.  Goreng ayam yang digaul garam kunyit.  Tidak perlu goreng garing, sekadar untuk bagi ayam masak sahaja.

2.  Tinggalkan agak-agak 2 sudu minyak gorengan ayam dalam kuali dan tumiskan daun kari sehingga naik bau.

3.  Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak.  Kemudian masukkann kicap manis dan 1/2 cawan air tadi.

4.  Masukkan pula ayam yang digoreng, garam dan jus limau purut/air asam jawa.  Sesuaikan rasa dan taburkan bawang hiris, cili padi dan matikan api.  Sedia dihidangkan...

No comments:

Post a Comment