Monday, July 2, 2018
SAMBAL IKAN BILIS + KENTANG...
SAMBAL IKAN BILIS
CAMPUR KENTANG
Bahan-Bahan :
4 biji ubi kentang
1 cawan ikan bilis
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar :
4 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Belacan sebesar syiling 50 sen
Sedikit air
Cara Memasak :
1. Ubi kentang dikupas, cuci bersih dan toskan airnya kemudian dihiris dan digoreng sehingga garing. Kisarkan kesemua bahan kisar dan ketepikan seketika.
2. Basuh ikan bilis dan toskan airnya sehingga betul-betul kering kemudian digoreng sehingga agak garing.
3. Sediakan kuali yang lain, masukkan minyak masak secukupnya, tumiskan bahan kisar sehingga wangi. Biarkan cili betul-betul masak sampai bertukar warna dan pecah minyak.
4. Bila sambal dah masak, masukkan ikan bilis dan ubi kentang goreng tadi kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan mesra dan sebati. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi biasa, nasi lemak atau roti...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment